LETTO on Facebook

Sebelum Cahaya (Video Clip)

Wednesday, August 01, 2007

Letto Sibuk Promosi Album

LUMRAH bagi kebanyakan band muzik sibuk memperjuangkan fahaman serta aliran muzik tersendiri. Tidak terkecuali band muzik dari seberang, Letto yang kini sibuk menjayakan promosi album pertama mereka, Truth, Cry & Lie di tanah air.

Padahal, mereka juga turut membawakan lagu bersifat romantis atau melankolik ballad yang berkisar mengenai tema cinta semata-mata.

Senario inilah yang sedang rancak berlaku di dalam industri muzik di Indonesia pada ketika ini.

Ironinya, band muzik dari sana sering mengatakan band muzik di Malaysia sering mengungkapkan persoalan cinta yang picisan.

Namun, berapa banyakkan band muzik di sana yang benar-benar mengutarakan lirik cinta berfalsafah sebagaimana Dewa 19?

Apapun, Letto yang dianggotai Sabrang Mowo Damar Panuluh atau Noe selaku vokalis dan pemain keyboard, Agus Riyono atau Patub (gitar elektrik & akustik), Ari Prastowo atau Arian (bass) dan Dedy Riyono atau Dedy (dram) ini tetap berpegang teguh bahawa muzik mereka memang punya kelainan yang tersendiri.

“Dari segi muzikal, pada dasarnya aliran muzik kami memang bernuansakan pop. Namun unsur muzik slendro (gamelan jawa) dan pelog turut digabungkan dengan permainan muzik moden.

“Hasilnya, ia berjaya membawa perbezaan di dalam karektor yang dibentuk di dalam jalur muzik kami itu. Pada masa yang sama pengaruh rock tetap memainkan peranan penting dalam setiap pembuatan lagu kami.

“Dengan semua yang ada inilah, ia menjadikan Letto sebagai sebuah band muzik yang cukup unik. Malah, di Indonesia sendiri, kami memang diiktiraf sebagai band yang punya kelainan muzik tersendiri,” kata Neo selaku jurucakap band muzik terbabit.

Dari segi lirik pula, Noe berkata, tidak dinafikan kebanyakan lirik mereka bercerita mengenai tema percintaan.

source: http://www.hmetro.com.my

No comments: