Sumber: Utusan Online Malaysia (NOR FADZILAH BAHARUDIN)
Kumpulan seberang yang popular dengan lagu Ruang Rindu, Letto kembali semula ke Malaysia. Namun kedatangan mereka kali ini bukanlah untuk mempromosikan album terbaru mereka.
Sebaliknya kunjungan kali ini adalah untuk merakamkan lagu tema Sukan Olimpik 2008 berjudul Olimpik Di Beijing versi Melayu.
Olimpik Di Beijing merupakan lagu ciptaan komposer dari Hong Kong iaitu Ng Kok Keng. Liriknya untuk versi Melayu telah dicipta oleh Amran Omar.
Bukan Letto sahaja terlibat dalam projek tersebut, malah Ahli Fiqir dan beberapa artis Malaysia seperti Jaclyn Victor, Ning Baizura dan Faizal Tahir turut serta dalam projek itu mewakili artis-artis Asia.
Berbangga kerana dapat bersama-sama artis-artis tempatan yang lain, kata vokalis Letto, Noe: “Bagi kami ini merupakan satu projek yang bagus kerana kita dapat bersama menyumbang suara dalam satu lagu. Bukannya selalu kita boleh dapat peluang begini.”
Mungkin juga ramai yang akan tertanya-tanya mengapa Letto memilih untuk merakamkan lagu tersebut di sini.
Jelas seorang lagi anggotanya, Patub: “Kebetulan kami ke mari kerana terlibat dengan sebuah persembahan. Lantas kami mengambil peluang itu untuk merakamkan sahaja lagu tema Olimpik di sini.”
Menyambung perbualannya kata Patub, tiada perbezaan merakamkan lagu di Malaysia atau di Indonesia.
“Kami lihat sama sahaja style rakamannya. Cuma bezanya terletak pada penerbit kita. Sama ada mereka serius atau tidak,” katanya.
Sumbangan untuk orang buta
Menurut Noe, album kedua kumpulan itu berjudul Don’t Make Me Sad telah pun berada di pasaran seberang.
Menunggu masa yang sesuai untuk dipasarkan di pasaran tempatan kata Noe, album kali ini pengisiannya lebih matang.
“Malah lirik-liriknya mempunyai maksud tersendiri. Mempunyai 10 buah lagu, konsep album itu masih sama seperti album pertama kami,” katanya. Sebahagian daripada hasil jualan album tersebut, katanya akan disumbangkan kepada persatuan orang-orang buta di Indonesia.
“Insya-Allah sumbangan itu akan digunakan untuk membuat braille,” kata Noe.
LETTO on Facebook
Thursday, November 29, 2007
Letto rakam lagu Sukan Olimpik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment